Kali ni dapat tag dari Leeza. tenkiu..Tugasannye nanti fiza sambung kemudian yer..Sorii
Saturday, September 6, 2008
Monday, September 1, 2008
Gulai Rendang Ayam
Assalamualaikum wbt, disini fiza ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Mohon ampun dan maaf pada semua sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang fiza berada di sini. Tak lupa juga terima kasih yang tak terhingga pada sahabat2 dan rakan2 yang sudi berkunjung dan memberi support pada fiza. Lots of love from me.
Kali ini fiza nak share resepi Gulai Rendang Ayam
BAHAN :
1 ekor ayam
(A)
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
3 inci halia
2 inci lengkuas
5 batang serai
2 senduk cili kisar
1 inci kunyit
sedikit cili api (ikut tekak masing2)
(B)
2 cawan santan pekat
1 sudu besar serbuk ketumbar
daun limau purut
daun kunyit
2 asam keping
sesudu kerisik (tapi fiza tak masukkan sbb malas nak buat kerisik)
gula melaka (kalau ada)
minyak utk menumis
CARA :
Tumiskan bahan A hingga naik minyak. Masukkan serbuk ketumbar ,santan, ayam, daun limau purut. Masak hingga agak pekat. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang diracik halus, asam keping, kerisik, garam dan sedikit gula melaka.
posted by Fiza at 6:04 AM 0 comments
Monday, August 25, 2008
Asam Pedas Simple
Resepi Coming Soon!!!
Routine fiza tiap2 hari sebelum pergi kerja seperti biasa akan memasak utk family. Dan selalu fiza akan bersilat larr kat dapur tu..mengejar masa. Lauk yg fiza masak selalunye yang sangggggattttttttt simple habis dan tak pedas..(sebabnye anak2 sume tak makan pedas..Adoii)tapi disebabkan hari ni cuti masak larr sedap (hi..hi..ni kira dah abis sedap larr ni.) dan pedas.
Kira fiza ni Minah Simple larr..Resepi asam pedas ni pun simple. JOMM!!
Bahan A
Sebiji bawang besar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
seinci kunyit hidup
sedikit halia (kurang seinci)
sedikit belacan (kurang seinci gak..)
Semua bahan A tumbuk, rasa2 tak kuasa bole blend jerr.
Ikan merah tahu (ikut citarasa)
2 -3 senduk cili kisar
setengah sudu kecil biji sawi dan biji halba
setengah sudu serbuk jintan putih, manis dan ketumbar
bunga kantan (kalau takda bole pakai serai, kalau takda gak bole pakai daun kari..kira2 apa daun pun bole jgn rumput darr)
setengah cawan air asam jawa
garam (secukup rasa)
kalau nak lagi kaww letak lar sikit kiub ikan bilis.
CARA-CARA
Tumis Bahan A sehingga naik minyak. Masukkan biji sawi dan halba. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga naik minyak. Masukkan air (jangan cair) dan daun kari/ serai/ kantan. Masak hingga menggelegak dan masukkan ikan dan air asam jawa. Akhir sekali garam dan kiub.
* kalau tak sedap jangan mare..
posted by Fiza at 11:37 PM 0 comments
Lia@lovelycakes
Pada 23 August was my mum's bday. Fiza order cake dari lia coz fiza suka sgt chocolate roses Lia. The cake was perfect. Cantikkkk..tqvm Lia.
posted by Fiza at 11:35 PM 0 comments
Tuesday, August 19, 2008
posted by Fiza at 10:51 PM 4 comments
Friday, August 15, 2008
SALAM JUMAAT
Everything has a heart and the heart of the Qur’an is Surah Yaasiin, and whoever reads Yaasiin, Allah will write for him the good deed equal to reading the Qur’an ten times.
At-Tirmidhi
posted by Fiza at 1:26 PM 2 comments
Thursday, August 14, 2008
Hazelnut Crisps
Salam kepada semua. Fiza nak ambil kesempatan ini nak ucapkan terima kasih kepada semua yg sudi singgah ke blog fiza. InsyaAllah fiza harap kita bole bertukar idea dan mendapat tunjuk ajar dari kawan2 sume. Tima kasih juga kepada kawan2 blogger ..thank you for your idea, petua2, resepi dan ilmu..it gives so many benefit to me sebagai contoh kat bawah ni..
Fiza buat ni biskut last Monday tapi as usual larr takda masa nak post..sibuk ngan kerja bila balik umah dah sibuk ngan anak la pulak..OK back to my biscuit story, biskut ni fiza dapat respi dari FP misscreativecake, Kak Miss. Million thankz to you Kak Miss for the respi. Alhamdulillah jadik fiza buat. Yg satu tu Fiza saja coated with chocolate..the other one tu kosong.
posted by Fiza at 9:56 PM 0 comments
Label: Biscuits
Tuesday, August 12, 2008
My 1st Award from Lia
Alhamdulillah..i got an award.. my very 1st award from my dear blogger fren, Lia. Thank you so very much Lia..malu fiza dapat award dari Lia yang fiza rasa lebih creative and skillful dari Fiza. Sebenonye kalau nak dikira skill tu belum la sampai tahap boleh dapat award tapi Fiza jadi ini sebagai pemangkin dan pendorong utk Fiza mengimprove skill Fiza and to make my blog more creative. Fiza hope persahabatan kita akan berkekalan dan hopefully we can meet one day, Lia.
Now it's my turn to pass the award to..
shariza
dahlia
dayang
leeza
aishah
5. Leave a message for your nominees
MUTIARA KATA;
When Allah leads you to the Edge of the Cliff,
Trust Him fully and Let Go, Only One of Two Things will happen,
Either He'll Catch You When You Fall, Or He'll teach You How to Fly!
posted by Fiza at 5:11 PM 0 comments
Saturday, August 2, 2008
Wednesday, July 30, 2008
Buah Tangan dari Boss
Last Monday boss balik Malaysia..lama gak dia balik kampung. Dapatla membrowsing blog kawan2 semasa pemergian bossku. Nampaknye boss dah balik ni masa for browsing takda la nampaknye..terpaksala kurang2kan..Boss bawa buah tangan dari Iran, pistachios and some candies. Thanks Boss.
posted by Fiza at 9:38 PM 0 comments
Chocolate Indulgence ????
Almost everyday balik kerja my son, Harith dok tanya bila mama nak buat chocolate indulgence.
Biasala hari kerja ni mood kureng sikit..nak tak nak buatla jugak. Inila dia hasilnye..takpa layan jer la..
posted by Fiza at 9:13 PM 0 comments
Label: Other Cake
Sunday, July 27, 2008
Kuih Seri Muka
Hari Ahad yang lepas my brother in law and my biras, Shikin datang..tak tau nak hidang apa. Dlm almari dapur ada pulut..hmm decide buat seri muka. Seri muka yang Fiza buat ni takda letak telur seperti kebiasaan yang orang lain buat. Sesiapa yang berminat mencuba seri muka tanpa telur boleh la cuba resipi ini..
RESIPI
Bahan lapisan atas
2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula
2 cawan santan pekat
2 cawan air daun pandan
sedikit pewarna hijau
sedikit garam
Bahagian lapisan bawah
500 gram beras pulut
sedikit santan cair (memadai pulut terendam)
1/2 sdu kecil garam
Cara-caranya
Bersihkan pulut dan rendam sekurang-kurangnya 3 jam. Basuh dan toskan airnya. Masukkan beras pulut ke dalam acuan 10 x 10. Masukkan campuran santan cair dan garam. Kukus pulut lebih kurang 1/2 jam. Apabila pulut telah masak , padatkan dan ratakan pulut.
Sediakan bahan lapisan atas. Campurkan santan dan tepung, air daun pandan, gula dan sedikit garam dan pewarna hijau. Kacau sehingga sebati dan tapis bancuhan santan tadi. Tuangkan bancuhan tadi di atas pulut yang telah ditekan tadi dan kukus sehingga masak.
posted by Fiza at 10:48 PM 0 comments
Baked Macaroni
Salam Semua Sahabatku dan pembaca semua..resepi ni ada sedikit pembetulan. resepi sebelum ni Fiza terlupa nak tulis cendawan dan tomato. Fiza dah ammend resepi..
My Version Baked Macaroni
Ingredient
1/2 packet macaroni (rebus , tos dan gaul dengan sedikit minyak /butter)
1 can cendawan butang (potong ikut suka)
2 biji buah tomato atau sepeket tomato ceri (potong ikut suka)
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 packet daging cincang
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
3 sudu besar thousand island
sedikit lada sulah dan oregano
Bahan sos putih
1 1/2 cawan susu segar
1/2 cawan cream
1 kiub ayam
sedikit lada sulah & lada hitam
2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 2 sudu besar air)
1 cawan cheddar cheese
Cara-caranya
Tumis bawang sehingga kekuningan, masukkan daging cincang dan tumis sehingga air daging kering. Masukkan sos, thousand island, lada sulah dan oregano. Masukkan macaroni yang telah direbus. Kemudian masukkan cendawan dan buah tomato. Goreng dan angkat. Masukkan macaroni ke dalam acuan.
Cara membuat sos putih.
Masak susu dan cream sehingga menggelegak. Masukkan kiub, serbuk lada sulah dan lada hitam. Kemudian masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. Biarkan sehingga pekat. Akhir sekali masukkan cheddar cheese. Biarkan seketika dan angkat.
Taburkan sos putih di atas macaroni sehingga agak-agak terendam dan bakar pada suhu 180C sehingga agak keemasan dan garing.
posted by Fiza at 9:43 PM 0 comments
Caramel Cheesecake
Adapted from Catherine Lau Celebrity Chef's Cookbook- Cheesecake Seduction.
Am very very sorry for my bahasa rojak. Minta maaf ya..
BAHAN CARAMEL
Butter 120 gram
Brown sugar 220 gram
Whipping cream 200 ml
CARA
Campurkan butter dan brown sugar dan masak diatas api perlahan sehingga gula hancur (elakkan bancuhan menggelegak) Masukkan cream. Masak sehingga menggelegak. Kacau dan biarkan sehingga 8 minit dan kacau berterusan. Angkat dan biarkan sejuk.
BASE
Butter 60 gram + 1 sudu besar
Brown sugar 30 gram
Dark chocolate 125 gram
Lemon juice 2 sudu kecil + 50 ml susu (biarkan bancuhan selama 5 minit)
Telur 2 biji (dipukul sebentar)
Nescafe 2 sudu kecil dengan 1 sudu kecil air panas
Esen vanilla 1/2 sudu kecil
Tepung gandum 60 gram
Serbuk koko 30 gram
Soda bikarbonat 1/4 sudu kecil
Walnut 100 gram (panggang dan dicincang)
CARA
Cairkan butter, gula dan coklat diatas air yg menggelegak (double boil). Kacau sehingga "smooth". Angkat dan masukkan bancuhan lemon juice. Masukkan telur, bancuhan nescafe dan vanilla. Msukkan bahan kering dan kacau sehingga sebati. Panaskan oven 180C. Grease acuan dengan sedikit butter. Taburkan sedikit tepung. Bungkus bahagian luar acuan dengan aluminium foil. Tuang bancuhan BASE ke dalam acuan dan bakar 10 minit. Turunkan suhu pada 150C.
Setelah masak tuang dan ratakan 1/3 CARAMEL ke atas BASE. Taburkan walnut cincang ke atas caramel. Biar sebentar.
FILLING
Cream Cheese 500 gram
Tepung jagung 2 sudu besar + 2 sudu kecil
Esen vanilla 1 sudu kecil
Whipping cream 200 ml
Telur 4 biji (dipukul sebentar)
CARA
Pukul cream cheese sehingga gebu. Masukkan 1/3 CARAMEL dan kacau. Masukkan tepung jagung dan vanilla esen. Kacau sehingga "smooth". Masukkan cream dan kacau sehingga bancuhan agak pekat. Perlahan-lahan masukkan telur dan kacau sehingga bersatu. Tuang bancuhan ke atas BASE. Letakkan acuan kek ke dalam "water bath". Bakar 1 jam. Tutup oven dan biarkan kek di dalam oven selama 30 minit. Keluarkan water bath dan biarkan kek sehingga sejuk di dalam oven dengan pintu terbuka sedikit.
HIASAN
Walnut 8 biji
Milk Chocolate 30 gram (dicairkan)
Tuangkan caramel ke atas kek. Hiaskan dengan coklat dan walnut.
posted by Fiza at 9:29 PM 0 comments
Label: Cheesecake, Recipes
Saturday, July 26, 2008
Tuesday, July 22, 2008
Cream Cheese Pound Cake
I got this recipe from Bon Appetit magazine...this cake was great. Very buttery aroma, lovely texture but it was too sweet. So I ammended the recipe..2 1/4 cups sugar instead of 3 cups.
Recipe
Ingredients
1 cup butter
250 grams cream cheese
2 1/4 cups castor sugar
6 eggs
4 teaspoon vanilla extract
1 teaspoon lemon zest
3 cups AP Flour
Preparation
Butter and flour Bundt pan. Beat butter and cream cheese until fluffy about 4 mins. Add sugar, beat 10 min. Occasionally scrapping down sides of bowl. Add eggs 1 at a time. Beat in vanilla and lemon zest. Lastly beat in flour at low speed until batter smooth. (do not overbeat). Transfer to pan. Place pan in cold oven. Temperature 200 F, bake 20 mins. Increase to 250 F, bake 20 mins. Increase to 275 F, bake 10 mins. Increase to 300 F, bake until tester inserted comes out clean. About 30 mins. Cool in pan about 15 mins. Turn out cake and cool completely.
posted by Fiza at 6:35 AM 0 comments
Label: Other Cake, Recipes
Sunday, July 20, 2008
Starting from today onward, i thought of sharing some of my favourite, recommended and tested recipes with you. This time around i start off with New York Cheesecake. For this particular recipe there are a few tips and steps we should take into account. Do follow the instructions accordingly. Here we go.........
NEW YORK CHEESECAKE
Ingredient
BASE
- 50 gram butter
- 85 gram digestive biscuit (finely crushed) /nestume
- 25 gram almond flakes (toasted)
- 600 gram cream cheese, i used Philadelphia cheese
- 175 gram caster sugar
- 3 tbsp cornflour
- finely grated lemon zest
- 1 tsp lemon juice
- 1 tsp vanilla
- 3 eggs, lightly beaten
- 150 gram whipping cream
- 150 Whipping cream
- 1 tsp gelatin, dissolved in 35 ml water
- 1 tbsp sugar
- Heat oven to 180C. Line 20cm spring form or loose-bottomed tin with parchment paper. Melt butter and stir in biscuit crumbs/ nestume and almond.Bake for 10 mins.
- For filling, beat cheese until smooth on low speed. Add sugar gradually, then add cornflour without overbeating. slowly whisk in lemon zest and juice, vanilla, then eggs. Finally whisk in whipping cream.
- Raise temperature to 240C. Pour filling over base, bake for 10 mins. If you are using an electric oven leave the door slightly ajar for the first three 3 mins. After 10 mins, lower heat to 110C. Bake another 25 mins. Turn off oven. Keep door closed and leave cake in for 2 hours. Open the door ajar and leave to cool in oven for 1 hour.
- Cool the cake for 6 hours/ ovenight. Unmould cake.
- Topping, dissolve gelatin in water. Cook low heat until gelatin dissolve, stir in sugar and lastly whipping cream. Spread the topping over cake. Can be served with blueberry or rasberry filling.
posted by Fiza at 9:29 AM 0 comments
Label: Recipes