Saturday, September 6, 2008

TAG DARI LEEZA

Kali ni dapat tag dari Leeza. tenkiu..Tugasannye nanti fiza sambung kemudian yer..Sorii

Monday, September 1, 2008

Blueberry Cheesecake


Moist Chocolate Cake


Chocolate Brownies


Gulai Rendang Ayam




















Assalamualaikum wbt, disini fiza ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Mohon ampun dan maaf pada semua sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang fiza berada di sini. Tak lupa juga terima kasih yang tak terhingga pada sahabat2 dan rakan2 yang sudi berkunjung dan memberi support pada fiza. Lots of love from me.
Kali ini fiza nak share resepi Gulai Rendang Ayam

BAHAN :
1 ekor ayam

(A)
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
3 inci halia
2 inci lengkuas
5 batang serai
2 senduk cili kisar
1 inci kunyit
sedikit cili api (ikut tekak masing2)

(B)
2 cawan santan pekat
1 sudu besar serbuk ketumbar
daun limau purut
daun kunyit
2 asam keping
sesudu kerisik (tapi fiza tak masukkan sbb malas nak buat kerisik)
gula melaka (kalau ada)
minyak utk menumis

CARA :
Tumiskan bahan A hingga naik minyak. Masukkan serbuk ketumbar ,santan, ayam, daun limau purut. Masak hingga agak pekat. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang diracik halus, asam keping, kerisik, garam dan sedikit gula melaka.

Monday, August 25, 2008

Asam Pedas Simple

Resepi Coming Soon!!!















Routine fiza tiap2 hari sebelum pergi kerja seperti biasa akan memasak utk family. Dan selalu fiza akan bersilat larr kat dapur tu..mengejar masa. Lauk yg fiza masak selalunye yang sangggggattttttttt simple habis dan tak pedas..(sebabnye anak2 sume tak makan pedas..Adoii)tapi disebabkan hari ni cuti masak larr sedap (hi..hi..ni kira dah abis sedap larr ni.) dan pedas.
Kira fiza ni Minah Simple larr..Resepi asam pedas ni pun simple. JOMM!!

Bahan A

Sebiji bawang besar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
seinci kunyit hidup
sedikit halia (kurang seinci)
sedikit belacan (kurang seinci gak..)

Semua bahan A tumbuk, rasa2 tak kuasa bole blend jerr.

Ikan merah tahu (ikut citarasa)
2 -3 senduk cili kisar
setengah sudu kecil biji sawi dan biji halba
setengah sudu serbuk jintan putih, manis dan ketumbar
bunga kantan (kalau takda bole pakai serai, kalau takda gak bole pakai daun kari..kira2 apa daun pun bole jgn rumput darr)

setengah cawan air asam jawa
garam (secukup rasa)
kalau nak lagi kaww letak lar sikit kiub ikan bilis.

CARA-CARA

Tumis Bahan A sehingga naik minyak. Masukkan biji sawi dan halba. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga naik minyak. Masukkan air (jangan cair) dan daun kari/ serai/ kantan. Masak hingga menggelegak dan masukkan ikan dan air asam jawa. Akhir sekali garam dan kiub.

* kalau tak sedap jangan mare..